Rabu, 28 Mac 2018

HUBUNGAN ETNIK


1.0          PENGENALAN

Semua rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Islam, mengetahui bahawa perlembagaan kita mencatat Islam sebagai agama persekutuan. Oleh itu Islam dilindungi oleh perlembagaan negara kita dan segala kemudahan serta perbelanjaan negara boleh dipergunakan untuk pembangunan Islam tanpa dapat dicabar atau dipertikaikan.

Walaubagaimanapun, agama-agama lain tetap terjamin dan penganut agama bukan Islam diberikan kebebasan untuk mengamalkan agama mereka masing-masing di dalam suasana aman dan harmoni.

Perlembagaan juga menjelaskan pembahagian kuasa, hak-hak rakyat dan seumpamanya. Perlembagaan mempunyai kedudukan dan peranan yang istimewa di dalam sistem perundangan kerana menjadi tonggak dan landasan kepada undang-undang lain (Aziz Bari, 2008).

Hal ini dapat kita saksikan di dalam negara kita sejak zaman kemerdekaan lebih lima puluh tujuh tahun yang lalu.

2.0          KEDUDUKAN AGAMA ISLAM DAN AGAMA-AGAMA LAIN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Perbincangan mengenai artikel ini akan menjurus kepada peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkaitan dengan Islam seperti agama persekutuan, hak kebebasan beragama, kebenaran menggunakan wang awam untuk tujuan Islam, kedudukan Mahkamah Syariah dalam sistem perundangan, pengecualian undang-undang Islam daripada undang-undang darurat, penetapan hal ehwal Islam sebagai sesuatu yang terletak dalam bidang kuasa negeri, kedudukan raja-raja sebagai ketua agama dan pembentukan Majlis Agama Islam untuk membantu menjalankan kuasa-kuasa tertentu.

2.1         ISLAM DALAM KERANGKA PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 3 menjelaskan bahawa;

(1)        Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2)       Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat yang mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3)        Perlembagaan-Perlembagaan bagi Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu.

(4)        Tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

(5)        Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua ugama Islam dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal-ehwal ugama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan ugama Islam (Perlembagaan Persekutuan, 2006 ms 1&2).

Turut dibincangkan juga mengenai status Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan kebebasan beragama yang sering menjadi polemik dalam masyarakat Malaysia. Analisis menunjukkan Islam dalam perlembagaan itu bukan sahaja hanya terkandung dalam Perkara 3, tetapi ia juga harus dibaca bersama dengan Perkara 8, 11, 12, 121, 150 dan kedudukan Yang di Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam. Kesemua ini menunjukkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai keistimewaan dari agama lain di Malaysia.

2.2          KEDUDUKAN RAJA-RAJA SEBAGAI KETUA AGAMA

Di dalam Perlembagaan dinyatakan bahawa yang DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri yang tiada raja seperti Pulau Pinang, Sarawak, Sabah, Melaka dan Wilayah Wilayah Persekutuan. Manakala di negeri-negeri lain Ketua Agama Islam ialah Sultan atau Raja di negeri berkenaan.

Yang Di Pertuan Agong, Sultan atau Raja sebagai Ketua Agama Islam adalah sesuatu yang amat istimewa di negara kita.

Sejak merdeka hingga kini telah terbukti bahawa institusi Raja memainkan peranan penting dalam mempertahankan Islam dan perpaduan rakyat di negara ini.

Bagi mengekalkan suasana aman damai ini, marilah kita sebagai rakyat Malaysia hidup penuh mahabbah serta bersatupadu dengan menjunjung institusi Raja berperlembagaan.

Elakkan daripada terlibat dengan sebarang tindakan yang boleh mengugat atau mencemar institusi Raja-raja serta mempertikai kesucian Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

2.3          HAK KESAMARATAAN AGAMA

Walaupun Perlembagaan memberikan hak kebebasan mengamalkan agama agama, namun hak kebebasan itu perlu dilaksanakan tertakluk kepada undang-undang tentang moral, ketenteraman dan kesihatan awam (Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan).

Penyebaran agama-agama lain juga tertakluk kepada kawalan dan sekatan bagi menghalang ia dari tersebar kepada penganut Agama Islam. Justeru sebarang perbuatan/aktiviti yang bersifat mendedahkan umat Islam kepada kepercayaan agama lain boleh dikawal dan dihadkan (restrict and control).

Peruntukan Perlembagaan berkaitan kawalan penyebaran agama lain ke atas orang-orang Islam itu sendiri telah meletakkan Islam itu lebih istimewa berbanding agama-agama lain.

Peruntukan ini juga dengan sendirinya telah memberi pengiktirafan kepada Perkara 3 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai Agama Negara. Ternyata bahawa prinsip kesamarataan agama yang menjadi pegangan sesetengah pihak di Negara ini adalah tidak berasaskan pendekatan Perlembagaan.

Terdapat pelbagai peruntukan yang menyerlahkan keistimewaan kedudukan Islam sebagai Agama Negara.

Agama-agama lain boleh diamalkan selagi ia tidak memecah keamanan, namun jika amalannya sudah menampakkan tanda-tanda tidak harmoni dan boleh memecah keamanan, maka amalan berkaitan perlu dihalang.

2.4          SEJARAH DAN ASPEK PENTING PERLEMBAGAAN

Kedudukan Islam adalah sebahagian daripada kontrak sosial antara kaum di Malaysia; ia adalah sebahagian dari sejarah negara ini. Sejarah sebenarnya penting kepada semua pihak dan bukan hanya kepada orang Melayu sahaja. Ini kerana sejarah jugalah yang memberikan hak kewarganegaraan, samarata dan seumpamanya kepada mereka.

Dengan kata lain setiap cabang undang-undang memang sentiasa mengambilkira supaya keadilan dapat dilaksanakan.

3.0        ISU KALIMAH ‘ALLAH’

Isu kalimah ‘Allah’ telah mencetuskan konflik fahaman agama di negara ini kerana majalah mingguan The Herald ingin menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu pada akhir Disember 2007 yang lalu.

Berlanjutan dari perkara tersebut, ia telah mendapat bantahan dari pelbagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Islam serta umat Islam di negara ini.

Perdebatan kalimah ‘Allah’ dipercayai bermula  semasa permohonan memperbaharui permit oleh akhbar Herald – The Catholic Weekly kepada Kerajaan untuk cetakan akhbar versi bahasa Melayu. Secara umumnya kronologi tuntutan terhadap kalimah ‘Allah’ terbahagi kepada tiga peringkat. Ia bermula apabila akhbar Herald – The Catholic Weekly mengemukakan permohonan membaharui permit penerbitan akhbarnya kepada Kerajaan. Kelulusan telah diberikan kepada akhbar ini dengan menyatakan bahawa larangan penggunaan kalimah ‘ALLAH’ dalam menggantikan kata nama ‘GOD’ atau ‘LORD’ untuk versi bahasa Melayu.

Ekoran timbul rasa ketidakpuasan hati maka tindakan semakan kehakiman telah difailkan oleh Gereja Katolik.

3.1          KRONOLOGI TUNTUTAN KALIMAH ‘ALLAH’

3.1.1       SEBELUM SEMAKAN KEHAKIMAN

31 Disember 2007, Pengarang akhbar Herald – The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah ‘Allah’. Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan  kalimah ‘Allah’ masih kekal.

3 Januari 2008, Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam Mesyuarat Kabinet pada 18 Oktober dan 1  November 2006.

19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah ‘Allah’.

5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.

7 Januari 2009, Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi  tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat kalimah ‘Allah’ tidak digunakan di dalamnya dan perkataan ‘Terhad’ mesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.

16 Feb 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

3.1.2          SEMASA SEMAKAN KEHAKIMAN

31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan telah membuat keputusan dengan membenarkan penerbitan majalah Herald – The Chatolic Weekly bagi menggunakan kalimah Allah.

Secara faktanya keputusan Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 itu  adalah bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang telah menyatakan bahawa lafaz atau kalimah ‘Allah’ adalah kalimah suci khusus bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama selain Islam.

Larangan ini juga selari dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang  Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah ‘Allah’ hanya boleh digunakan bagi umat Islam.

3.1.3          SELEPAS SEMAKAN KEHAKIMAN

5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan bahawa proses segera itu tidak sepatutnya disalahtafsirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.

6 Januari 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.

Bermula 6 Januari 2010 hingga kini, isu ini masih ditangguhkan oleh kedua-dua belah pihak yang berkepentingan.

Abdul Gani Patail, Lau Bee Lan, Murphy Pakiam dan Lawrence Andrew merupakan watak utama di dalam isu kalimah ‘Allah’

3.2        BANTAHAN DARI PERTUBUHAN NGO ISLAM

Badan bukan kerajaan (NGO) Islam seluruh Malaysia sebulat suara terus membantah cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan majalah Herald versi berbahasa Melayu.

Antara NGO tersebut terdiri daripada Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah (PEKIDA), Petubuhan Jalur Tiga (JATI), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan lain-lain lagi.

Menurut gabungan NGO tersebut, pihaknya bertegas dalam isu itu demi menjaga kesucian agama Islam. Kalimah Allah ini tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Jika dibiarkan mereka bukan saja akan mempermainkan kalimah tersebut, sebaliknya mungkin mendatangkan kesan yang amat buruk sekiranya dibiarkan.

"Kerajaan mesti tegas tanpa membiarkan paderi ini biadap terhadap Sultan dan mengingkari titah perintah baginda," jelas wakil NGO.

Menurut mereka lagi, umat Islam harus bangkit dan bersatu bagi mempertahankan keputusan yang telah diputuskan oleh mahkamah dan juga Sultan Selangor.

Sekiranya perkara ini dipandang remeh, lambat laun banyak lagi perkara yang bersangkutan dengan umat Islam akan dipermainkan oleh musuh Islam yang sememangnya sedang berusaha untuk menimbulkan kekacauan supaya berlakunya perpecahan dikalangan umat Islam.

3.3        FATWA MAJLIS KEBANGSAAN

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

3.4         KEPUTUSAN MAHKAMAH

Mahkamah Persekutuan hari ini (22 Jun 2014) memutuskan bahawa Gereja Katholik tidak dibenarkan merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan 'The Herald' daripada menggunakan kalimah 'Allah', dalam versi bahasa Melayu terbitannya.

Kita percaya bahawa mahkamah mempunyai asas yang kukuh untuk memutuskan keputusan ini sebelum ianya dijatuhkan. 

4.0         FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MENCETUSKAN KONFLIK AGAMA

Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti menyebabkan atau membawa kepada berlakunya konflik agama. Berdasarkan pengamatan, faktor-faktor konflik ini tidak sama dari satu negara dengan negara lain.

4.1         PANDANGAN YANG BERBEZA DAN SALAH FAHAM

Punca pertama konflik antara agama ialah pandangan yang berbeza antara penganut. Setiap agama mengajar penganutnya supaya menjadi insan yang baik, bertolak ansur serta menghormati agama lain. Namum demikian, pandangan yang berbeza antara penganutnya menyebabkan berlakunya konflik antara agama lain.

Salah faham agama boleh membawa kepada salah tafsiran, berpotensi mencetuskan konflik, juga perselisihan. Konflik dan perselisihan yang dibiarkan berlarutan berpotensi merebak hingga berkemungkinan mencetuskan suasana berkrisis dan konfrontasi.

Konflik, perselisihan, krisis dan konfrontasi antara agama, jika dibiarkan berlarutan berpotensi menjadi faktor yang boleh menjejaskan keharmonian, keamanan, ketenteraman serta kestabilan masyarakat dalam sesebuah Negara, untuk itu ia tidak boleh dibenarkan berlaku, malah tidak harus dicetuskan oleh mana-mana pihak, dan jika berlaku, amat wajib dihentikan segera.

4.2         TAKSUB

Fanatik dan taksub ialah sifat yang keterlaluan dan melampau dalam sesuatu pegangan atau  pendirian, biasanya berkaitan dengan keagamaan. Mereka juga menganggap ajaran agama merekalah benar serta tidak menerima pandangan atau menghormati ajaran agam lain (Kahmad, 2002). Hal ini kerana, segelintir penganut tidak menerima pandangan penganut agama lain. Hal ini menyebabkan, berlakunya perselisihan faham antara agama dan mencetus konflik. 
     
Antara tanda sifat fanatik dan taksub dalam agama adalah pihak mengkafirkan pihak lain kecuali mereka yang berpegang dengan prinsip sama atau menganggotai jemaah mereka. Gejala ini sangat berbahaya kepada masyarakat kerana membawa kepada perbuatan menghalalkan darah dan harta pihak lain.

Fenomena ini dinamakan sebagai aliran zahiriyyah baru. Mereka hanya sibuk soal remeh dan mencari pandangan keras (syadid) dalam fatwa. Semua ini berlaku kerana pemimpin dan guru mereka mempunyai kefahaman cetek dalam agama dan mereka tidak mahu mengiktiraf pandangan orang lain, sedangkan perbezaan pendapat adalah satu rahmat agar kita tidak terkongkong dalam satu pandangan walaupun dalam keadaan berbeza.

4.3        BERFAHAMAN SEMPIT

Sesungguhnya, amat jelas bentuk falsafah dari segi ukuran kemuliaan manusia menurut kaca mata Islam, iaitu bertakwa kepada Allah. Islam menolak konsep kemuliaan sempit lain kerana dengan itu ia boleh menimbulkan berbagai-bagai rupa malapetaka kepada manusia. Bahkan sejarah sendiri telah dapat membuktikan hakikat kebenaran ini, misalnya konsep hidup yang dianjurkan oleh bangsa Yahudi.

Atas tanggapan bangsa mereka adalah bangsa yang dimuliakan oleh Tuhan, maka orang-orang Yahudi berpendapat mereka dibenarkan untuk menipu, menganiaya, menindas, memperkosa atau membunuh sesiapa sahaja dari bangsa lain dengan sesuka hati.

Justeru, tidaklah menjadi satu kehairanan sekiranya bangsa tersebut bertindak ganas dan kejam terhadap umat-umat lain sepanjang masa dan mereka pula dibenci oleh kebanyakan penduduk dunia pada waktu ini. Malah sejarah juga telah memperlihatkan bagaimana bangsa tersebut menderita teruk akibat dibelasah oleh suatu bangsa lain – Jerman atas sikap mereka yang rakus dan terlalu mengagung-agungkan bangsa mereka itu.

4.4        KETIDAKPERIHATINAN

Sememangnya, setiap agama memilliki matlamat yang sejagat dalam aspek yang mengetengahkan skop dan polisi moral serta etika dalam beragama tetapi konflik berlaku adalah disebabkan atas dasar agama yang difahami secara sangat sempit dan adakalanya difahami secara sambil lewa dan tidak secara khusus. Di samping itu, sebahagian besar pemeluk agama pula mentafsirkan ajaran agamanya dengan cara yang salah.

Konflik agama telah menular dikalangan komuniti pada setiap pemeluk agama samada Islam, Buddha, Hindu, mahupun Kristian. Mereka berpendapat bahawa hanya pentafsiran mereka adalah paling benar dan tepat. Situasi ini tidak boleh dianggap sebagai isu sekarang, kerana ini akan memberi impak pada masa yang akan datang dan menjejaskan keharmonian masyarakat. Oleh yang demikian, dalam persoalan ini, punca-punca inilah yang boleh menyebabkan berlakunya konfilk antara agama.

5.0        LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBENDUNG BERLAKUNYA KONFLIK AGAMA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

Isu konflik di antara agama nampaknya tidak akan pernah selesai. Kes-kes yang menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan penganut agama sering muncul. Kita tidak dapat memisahkan ekstermisme agama dengan budaya di mana agama tersebut muncul (Kahmad, 2002). Malah kita tidak dapat menghapus ekstremisme tanpa mengubah budaya tersebut. Beberapa langkah yang difikirkan perlu untuk meredakan keadaan ini adalah seperti berikut;
  
5.1        PENERAPAN KASIH SAYANG DALAM SETIAP AGAMA

Penerapan kasih sayang dalam setiap agama ialah kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Setiap manusia harus mempunyai nilai kasih sayang dalam diri mereka. Hal ini kerana, kasih sayang ialah satu elemen yang penting dalam kehidupan. Kasih sayang diamalkan dengan perasaan prihatin, mengambil berat, memberi sokongan serta dorongan terhadap orang lain.

Agama ialah hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luarbiasa yang dianggap dapat memberikan perlindungan (Shamsul Amri Baharuddin, 2009). Contoh agama yang diamalkan oleh rakyat di dunia ialah Agama Islam, Agama Buddha, Agama Hindu, Agama Kristian, Agama Sikh dan kepercayaan Animisme. Walaupun agama-agama tersebut mempunyai kitab, kebudayaan dan adat yang berbeza namun ajaran adalah hampir sama iaitu menekankan erti kasih sayang dan perdamaian.

Seperti yang terkandung dalam al-Quran, “Wahai umat manusia!... sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Mendalam Pengetahuannya” (Surah Al-Hujurat 49: 13).

Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai bangsa, budaya dan cara hidup yang berbeza. Hal ini menunjukkan pendekatan agama Islam yang harmoni, saling mengenali tanpa mengira bangsa dan agama. Setiap manusia tanpa mengira bangsa dan etnik adalah setaraf disisi Tuhan. Oleh itu, agama Islam menekankan pendamaian.

5.2       BERTOLERANSI

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2005), sikap sabar dan bertolak ansur (bertoleransi) atau berlebih kurang; sikap dapat menerima atau menghormati pendapat, fikiran dan kepercayaan orang lain. Ini menunjukkan toleransi: Masyarakat hidup aman damai, bersatu padu.

Setiap agama sudah pasti tidak menolak perkara seperti berkenal-kenalan, saling memahami atau menghormati, bekerjasama, bersaudara, berkasih sayang dan saling mengambil berat tanpa mengira etnik. Elemen ini jika dipratikkan akan mewujudkan hubungan etnik yang harmonis dalam masyarakat di Malaysia secara langsung boleh menghalang dari berlaku konflik agama.

5.3       MENGHORMATI AGAMA ORANG LAIN

Berdasarkan punca-punca konflik agama berlaku, dapat dilihat bahawa konflik antara agama berlaku di kalangan orang yang tidak memahami agama lain dengan lebih baik.

Kenapa masih mahu berebut ALLAH? Orang Kristian tidak ada rugi satu sen pun jika tidak menggunakan kalimah yang tidak pernah digunakan selama ini.

Oleh itu, saling memahami antara agama begitu penting bagi mengurangkan salah faham dalam permasalahan ini. Contohnya, memahami tentang nilai-nilai murni antara agama, perayaan dan kepercayaan agama lain. Selain itu, saling menghormati terhadap penganut agama lain juga salah satu cara mengatasi konflik agama.
           
5.4       MENGHORMATI KEPUTUSAN MAHKAMAH

Seperti yang sedia maklum, mahkamah sebelum ini telah pun memutuskan bahawa kes ini telahpun selesai.

Keputusan itu dibuat oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh hakim, di dalam mahkamah yang penuh sesak pagi ini.

Beliau berkata itu adalah keputusan majoriti yang dipersetujui oleh empat hakim termasuk dirinya.

Ini bermakna, keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam The Herald, terpakai dan gereja itu tidak boleh lagi mengemukakan rayuan.

Jika sekiranya semua pihak yang terlibat memahami serta akur akan keputusan mahkamah, nescaya konflik ini akan menemui titik penamat.

6.0        KESIMPULAN

Berdasarkan punca-punca konflik agama berlaku, dapat dilihat bahawa konflik antara agama berlaku dikalangan orang yang tidak ada memahami agama lain atau sengaja tidak mahu faham.

Kesimpulannya, larangan terhadap penggunaan kalimah Allah yang diwartakan menerusi keputusan kabinet yang bersidang pada 16 Mei 1986 adalah amat wajar. Empat perkataan dikhususkan hanya buat umat Islam dan sama sekali tidak dibenarkan penggunaannya oleh Non Muslim iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah.

Sesetengah negeri pula contohnya Selangor, telah menambah lagi beberapa perkataan yang dianggap mengelirukan sekiranya digunakan oleh Non Muslim. Jelaslah di sini kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah digunakan oleh Non Muslim yang bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat apabila terminologi yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu.

Kita tidak perlu berebut untuk mengambil hak orang lain, memadai kita menggunakan hak yang sedia ada demi keharmonian beragama dan bermasyarakat. Marilah kita kekalkan kesepaduan yang sedia terjalin demi memelihara kestabilan negara Malaysia dari sebarang sengketa serta perselisihan konflik beragama.













RUJUKAN / REFERENSI

Kahmad. (2002). Tarekat Dalam Islam; Sprititualitas masyarakat modern. Bandung: Pustaka Setia.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Perlembagaan Persekutuan. (2006). Petaling Jaya: International Law Book Services.

Aziz Bari. (2008). Perlembagaan Malaysia; Teori dan Praktis. Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Shamsul Amri Baharuddin. (2009). Hubungan etnik di Malaysia: mencari dan mengekal kejernihan dalam kekeruhan. Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Quran – (Surah Al-Hujurat 49: 13).

Rujukan internet;

http://www.jac.gov.my/images/stories/akta/perlembagaanpersekutuan.pdf

http://www.islam.gov.my/en/khutbah-online/spbydpa-sebagai-ketua-agama-islam-negara

http://apanamadotcom.wordpress.com/2013/01/15/fakta-yang-perlu-diketahui-tentang-larangan-penggunaan-kalimah-allah-di-dalam-bible-bagaimana-isu-ini-bermula/

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121228/dn_03/Hentikan-polemik-mahu-guna-kalimah-Allah

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kalimah-allah-sultan-selangor-kesal-permintaan-guan-eng-1.119178

http://www.sinarharian.com.my/nasional/kalimah-allah-hormati-keputusan-majlis-fatwa-1.115437

Tiada ulasan:

Catat Ulasan